Saturday 26 November 2011

1433 Hijrah...satu lembaran baru...

satu muharam detik permulaan..
permulaan tahun islam hijrah..
perpindahan nabi dan umat islam..
dari kota mekah ke kota madinah..
............................................................................................................................................................


DOA AWAL TAHUN...

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga
baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu
yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini
aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian
kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada
nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan
perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga
baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam....Amin...
 moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya...

Friday 18 November 2011

meniti dua puluh dua tahun


sepanjang dua puluh dua tahun kehidupan
banyak juga yang dipelajari,ditimba,dirasai,dialami
pahit peria, semanis kurma, masam - masam asam, kelat pelat, tawar mawar, manis-manis buah, 


tetapi rasa tu semua belum cukup
banyak lagi yang perlu aku harung,tempuh segala onak duri, lecak becak air parit longkang lopak, 


untuk menjadi seorang manusia yang berperikemanusiaan,
insan yang ikhlas luhur hatinya dan ihsan, ummah yang berbakti pada agama dan negaranya, 
hamba ALLAH yang taat mematuhi suruhanNYA dan menghindari laranganNYA, 
anak yang baik berjasa pada setiap masa serta menyayangi keluarga dan ibu bapa dan sentiasa menyenangkan mereka, pelajar yang cemerlang gemilang terbilang, guru yang jujur mendidik generasi ikhlas menabur ilmu , rakan yang sentiasa ada dan disenangi dan menolong rakan,
adik yang tidak melawan dan menghormati abangnya, dan kakak yang kelak menjadi contoh baik pada adiknya.
semua itu harus dilaksanakan
sebagai makhluk yang hanya menumpang dimuka bumi ini..


gambar 1 umur 10 tahun, adik 1 tahun
gambar 2 umur 22 tahun belum genap, adik 13 tahun.
senyuman yang sama bukan?...

Monday 19 September 2011

hati dan perasaan tidak boleh dipaksa

"menyukai orang lain,
mengharapkan diri disukai kembali,
mengharapkan luahan hati
tetapi lain yang ditunggu,
lain yang hadir..
orang yang tidak dinanti,
tidak diharap,
muncul,,memberi hati dan perasaan..."



kata-kata dari teman sebilik.. ^_^..

Monday 25 July 2011

APA PUN X BOLEH!!!

ape pun x boleh!..
cik gadis selalu je kalah dalam bab hati dan perasaan
konon dah jumpa taman bunga yang lain sesuai untuk tanam bunga
konon dah jumpa yang paling secocok dua cocok tiga cocok bercocok
namun ape pun x boleh..
balik-balik..cik gadis ingat balik kat taman bunga yang lama..
taman bunga yang lama tu pun satu...
tidak boleh ke dia penuhkan taman dia dengan bunga lain...
supaya cik gadis ni tidak ternanti-nanti untuk tanam harapan kat taman bunga itu....

ini lagilah x boleh ape pun!!..
kata-kata yang membanggakan "saya sedang bekerja sementara mengisi masa senggang, sekurang-kurangnya TERisi poket kosong ni"....
namun..itu indah kabar dari rupa..
kata-kata yang sesuai " saya sedang bekerja secara sukarela, kira saya ni buat amal jariah jadi sukarelawan bekerja didik anak orang,,x dapat gaji pun x pe,,,gaji tolak tepi lah~..sebab saya kan SUKARELAWAN!!"...(mata keatas tangan dibahu)...
APA PUN X BOLEH!!!!

Tuesday 5 July 2011

bila aku bergerak~

membuat renungan tajam..
ketuk meja..
kata bangun...
renungan tajam lagi...
tadah tangan...
kata duduk...
baru senyum....
tulis hari dan tarikh..
buka bicara...
.....rutin harian di sekolah...

saya lupa bawak buku cikgu..
saya salah jadual cikgu...
alamk..buku saya hilang pulak....
saya salah bawak buku cikgu...
....jawapan harian di kelas bila ditanya "mana buku?"

oii..bodoh la ko ni!....
diam la aziz!...
cikgu,, dia ni bising la...
sok sek sok sek (berbual)...
.....suara sumbang harian bila tengah buat latihan....

saya tidur awal malam semalam cikgu...
saya x paham la..(padahal dah 10x ditunjuk)
saya dah siap,,cuma buku saya tertinggal...
saya tak datang masa cikgu bagi latihan (padahal tercongok duduk depan aku hari tu)
....jawapan standard bila ditanya "mana latihan?sudah siap?hantar sekarang!"

inilah ragam yang aku perlu hadapi sepanjang cuti semester ini
kerenah yang memeningkan kepala..
hendak dimarah hari-hari,,aku yang penat..
siap ada yang kata,, "cikgu jangan marah-marah nanti cepat tua"
jadi jika mereka buat hal..aku tak bising-bising dan marah-marah lagi
aku hanya perlu :
i. pergi ke arah murid itu sambil memegang pembaris
ii. menjegilkan mata seluas alam memandang dengan penuh kejam
iii.menyinsing lengan baju 
iv.mencapai sideburn budak itu dan tarik sehingga "adui"
v.membawa murid itu kehadapan kelas
vi.menjadi role model kelas pada hari itu (siapkan kerja rumah dihadapan kelas, atau menjawab segala soalan di papan hitam)

walau apa pun...aku hanya cikgu yang baru mengenali bidang pendidikan ini..
murid-murid inilah yang banyak membantu aku dalam menimba pengalaman
walaupun mereka nakal..tetapi mereka adalah kanak-kanak yang suci dan naif..
mereka nakal tetapi mereka baik
mereka malas tetapi mereka ingin belajar..
aku percaya murid-murid ini akan menjadi manusia yang berguna di alam dewasa mereka kelak..
walaupun baru mengenali mereka, walaupun aku kerap memarahi mereka, mereka juga kerap ketawa bersama aku, mereka juga kerap berbual dengan aku...cikgu sayang kamu!...


rutin harian = suruh budak tulis sifir kat papan hitam jika tidak hafal sifir

1.balik sekolah terus uruskan biasiswa..sigh~~
2.penat dan letih sungguh hari ini...

Sunday 26 June 2011

apa sangat yang kau perjuang kan?!!!

harga barang naik?
gaji kau pun naik kan?
minyak petrol naik?
kereta kau pun mahal kan? 
pengangkutan awam teruk?
ea kau bukan naik kereta mahal ke?

bukak mata..bukak hati..bukak minda...
disebabkan konon-kononnya perjuangkan hak rakyat,
demonstrasi sana sini, provokasi atas bawah, caci maki kiri kanan,,
kau lihat tidak orang sekeliling? 
kau lalu jalan mereka..tanpa kau sedar kau tuang pasir kedalam periuk nasi mereka
orang luar pula mentertawakan kita
rakyat kita tidak bersatu padu,,senang untuk ditabur cerita dongeng
mudah mempercayai provokasi..
benteng jati diri roboh, goyah..
generasi kelak hatinya penuh dengan titik hitam..
hati yang penuh dengan pemberontakan
pemberontakan yang tidak tahu titik tolaknya, pangkal hujungnya, 
belajar sesuatu dari masa lampau..
kalau benar perjuangan itu bersih dan suci..tolong lah jadi kan ianya benar-benar bersih dan suci..
jangan lah jadi "anjing menyalak bukit"..sia sia...





Tuesday 7 June 2011

hari itu dalam sejarah eropah...

siapa kenal dengan Adam Smith dan Albert Einstein?.....
Albert Einstein mungkin ramai yang mengenalinya,,namun Adam Smith?...
kalau aku x mengambil paper sejarah eropah,,mungkin aku pun berapa nak tahu pasal mereka ni..
disini aku letak sedikit info pasal mereka...tiada plagliat mana-mana ea...


ADAM SMITH (1723 – 1790)           
            Pada tahun 1751 – 1764, ketika umurnya 28 tahun, Adam Smith telah menjadi Professor Logic di Universiti Glasgow[1] dan pada tahun berikutnya, dia telah menjadi Pengerusi Falsafah Moral. Pada  tahun 1759, Adam telah menerbitkan bukunya yang bertajuk ”Theory of Moral Sentiments” yang merupakan satu cara yang memisahkan Jerman dengan Perancis dan satu cara yang menjadi panduan kepada semua sehingga kematiannya. Teori beliau ini menyatakan bahawa nilai moral manusia bergantung kepada simpati antara agen dan penonton atau individu dengan masyarakat. Smith mentakrifkan simpati sebagai satu perasaan yang mempunyai sentimen moral[2]. Berikutan daripada penerbitan ”Theory of Moral Sentiments”, Smith menjadi sangat terkenal sehingga pelajar daripada negara lain sanggup meninggalkan sekolah mereka dan ingin belajar dibawah Smith.  

            Seorang ahli falsafah moral yang mengkaji dan menulis tentang falsafah dan sejarah boleh juga menulis tentang ekonomi. Penulisan beliau inilah yang menaikkan namanya di persada Eropah. Beliau telah menerbitkan bukunya “An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nation”[3].  Ia  salah satu usaha awal untuk mempelajari bangkitnya industri dan pembangunan komersial di Eropah, teori ini wujud awal dari disiplin akademik ilmu ekonomi moden. Dalam hal ini dan karya lain, Smith menguraikan bagaimana rasionanyal kepentingan diri sendiri,persaingan dan menolak ekonomi campur tangan dari pemerintah iaitu menyokong pasaran bebas dan barangan harga rendah boleh menyebabkan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan[4].

            Ini juga memberikan salah satu alasan intelektual paling terkenal untuk perdagangan bebas dan kapitalisme,ia nya sangat mempengaruhi tulisan-tulisan para ahli ekonomi yang kemudian dan diguna pakai pada awal kurun ke-19 hingga sekarang[5]. Smith sering disebut sebagai bapa ilmu ekonomi moden[6] dan pencetus kepada teori ekonomi laissez-faire[7].


ALBERT EINSTEIN
            Di lahirkan pada 14 Mac 1879, pada pukul 11.30 pagi di Ulm, Jerman. Anak kepada pasangan Hermann Einstein dan Pauline ini dibesarkan di Munich, Jerman. Berketurunan Yahudi namun tidak mengamalkan agama itu. Einstein merupakan penghidap sindrom Aspeiger salah satu penyakit yang berkaitan autisme[8].Albert Einstein merupakan ahli teori fizik, ahli falsafah dan penulis yang diketahui sebagai salah satu orang yang paling berpengaruh dan paling dikenali para saintis dan cendekiawan sepanjang zaman. Beliau juga seorang pemenang Nobel Jerman-Switzerland, ia sering dianggap sebagai bapa fizik moden dan dia dianugerahkan dengan Hadiah Nobel pada tahun 1921 dalam bidang Fizik iaitu berdasarkan kajiannya "berkaitan teori-teori fizik dan khusus untuk penemuannya berkaitan hukum bagi kesan fotoelektrik".[9]

            Albert Einstein adalah seorang saintis yang memulakan dan membuka teori pembuatan bom atom.iaitu menggunakan teori relativiti. Teori Relativiti yang terkenal itu ialah E = mc² yang bermaksud, pengubahan yang bekuantiti kecil boleh ditukarkan kepada jumlah tenaga yang besar[10]. Teori ini lah yang digunakan untuk membuat bom atom yang digunakan oleh Amerika Syarikat. Einsten merupakan saintis yang memberikan sumbangan kepada Jerman dan bidang Fizik kerana dia bertugas sebagai pensyarah di Universiti Berlin dan Universiti seperti di Switzerland.

            Namun begitu sumbangan Albert Einstein di Jerman tidak dipandang apabila beliau telah dituduh oleh Rejim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional (National Socialist German Workers Party) kerana dikatakan berniat mencipta fizik Yahudi yang berbeza dengan fizik Jerman (ataupun fizik Arya)[11]. Ini berlaku pada tahun 1933, selepas Adolf Hitler menjadi Canselor Jerman. Disebabkan Albert Einstein adalah berbangsa yahudi, dia dipandang sebagai ancaman oleh orang Jerman yang anti yahudi iaitu rentetan pada perang dunia pertama.. ini termasuklah ahli-ahli fizik Nazi (termasuk pemenang Hadiah Nobel, Johannes Stark and Philipp Lenard) meneruskan percubaan mereka untuk menyebabkan teori Einstein diragui dan menyenarai hitamkan sesiapa yang mengajar teorinya (seperti Werner Heisenberg). Disebabkan itu Einstein melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan diri ke Amerika Syarikat yang memberikannya taraf pemastautin tetap dan bertugas di Institut Pendidikan Lanjutan (Institute for Advanced Study) yang terletak di Perbandaran Princeton, New Jersey[12].


            Pada 1938, atas dorongan Leó Szilárd iaitu seorang ahli fizik Yahudi Hungary-Amerika, Einstein telah mengirimkan sepucuk surat kepada Presiden Franklin Delano Roosevelt iaitu Presiden Amerika, untuk mendesaknya supaya menyelidiki pembelahan nuklear bagi kegunaan tentera kerana bimbang kerajaan Nazi mengembangkan senjata atom terlebih dahulu. Roosevelt membuat penyiasatan kecil ke atas hal tersebut dan kemudian memulakan Projek Manhattan secara besar-besaran. Projek Manhattan ini lah yang melahirkan ujian bom atom pertama di Los Alamos di New Mexico.

            Einstein suka perkara berkaitan kemanusiaan dunia di sekitarnya dan sering mengemukakan pandangan-pandangan politiknya. Dia merupakan pelawan teguh terhadap sistem politik tirani, seorang pendukung gigih gerakan keamanan, dan seorang penyokong teguh Zionisme[13].Sebelum kematiannya, Einstein telah menandatangani Manifesto Russell-Einstein, yang memimpin ke Persidangan Pugwash  berkaitan Hal Sains dan Dunia yang bertujuan untuk menghentikan percubaan bom atom dan nuklear[14].
Albert Einstein meninggal dunia pada tahun 1955 ketika umurnya 76 tahun. Meninggal dunia pada 1.15 pagi, 18 April di hospital Princeton.



[1] Benjamin C.Sax.(2001). Western Civilization From the Scientific Revolution to the Present volume II. San Diego : Greenhaven Precc, Inc. hlm.74
[2] Ibid. hlm. 65.
[3] Mortimer Chambers dan Barbara Hanawalt , et.al. (2003). The Western Experience. New York : McGraw-Hill. hlm.639.
[4] Ibid
[5] Ibid.
[6] Michael H.Hart.Seratus. Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah. Diperolehi pada 22 Ogos 2010 di <http://media.isnet.org/iptek/100/AdamSmith.htm>l
[7] Mortimer Chambers dan Barbara Hanawali . et.al. (2003). The Western Experience. New York : McGraw-Hill. Hlm.639.
[8] Finding Aid to The Albert Einstein Archives diperolehi pada 22 Ogos 2010 di <http://www.alberteinstein.info.>
[9] The Nobel Prize in Physics 1921. diperolehi pada 22 ogos 2010 di <http://nobelprize.org/nobel_prizes/physics/laureates/1921/einstein-bio.html>, the official Web Site of the Nobel Prize.
[10] Mortimer Chambers.et.al. (2003). The Western Experience edisi ke-8. New York: McGraw- Hill.hlm.1027
[11] Wikipedia.< http://ms.wikipedia.org/wiki/Albert Einstein>.20 Ogos 2010.
[12] Finding Aid to The Albert Einstein Archives . <http://www.alberteinstein.info.> 22 Ogos 2010
[13] Finding Aid to The Albert Einstein Archives . <http://www.alberteinstein.info.> 22 Ogos 2010
[14] Jeffrey Boutwell.(2005). Pugwash History Series The Origins of the Russel- Einstein Manifesto. Virginia: Council of the Pugwash. hlm.5


1.siap ade nota kaki kan?...hihi..dah terbiasa buat esaimen...

Wednesday 1 June 2011

bermakna dan tidak bermakna

bila PERASAAN mengawal AKAL..
aku rasa menyesal mengenali kau..
aku rasa nak membuat hidup kau sentiasa susah..
aku rasa nak membuat kau sentiasa memerlukan pertolongan aku..
aku rasa seperti mahu bertanyakan soalan "kenapa mesti plilih dia dan bukan aku?" 
sehinggalah aku mahukan jawapan yang aku mahu..
dan aku tahu itu adalah perasaan cemburu
tetapi itu bila perasaan mengawal akal..
bila AKAL mengawal PERASAAN
aku bersyukur mengenali kau 
aku tidak akan menyulitkan kehidupan kau
aku akan sentiasa menolong kau dan mengharapkan khabar yang baik dari kau
aku tidak akan bertanyakan soalan "kenapa mesti pilih dia dan bukan aku?" 
kerana aku tahu kau bukan untuk aku
dan aku tahu ko adalah kawan selamanya
dan aku tidak akan minta lebih dari itu...
aku tahu kau tidak tahu apa yang ada dihati aku...
kerana kau adalah BERMAKNA dan TIDAK BERMAKNA pada aku....


p/s : tiada kene mengena pada yang hidup atau yang mati..kalau ada pun..lantaklah

Wednesday 25 May 2011

perancangan

cuti semester berbaki 3 bulan lagi..
sebulan sudah hampir habis digunakan..
pengisiannya telah diisi bukan disia-siakan..
walaupun isinya tidak mendatangkan kekayaan pada saya..
namun ia mendatangkan kegembiraan pada saya..

tidak mengapa..3 bulan masih ada..
nekad!...bulan hadapan adalah untuk kekayaan..
dan seterusnya sehinggalah muncul bulan untuk tambahkan amalan..
ye~perancangan ini agak mengada-ngada...
moga-moga permohonan kerja itu diterima..
aminnnnnnnnnn~

Monday 23 May 2011

berjaya dengan warna yang berterbangan!!!!


alhamdulillah....syukur kepada Allah itu penting tidak kira apa pun yang melanda diri...
keputusan peperiksaan akhir semester 4 akhirnya sudah keluar..(cepat pulak kuar?)..
terima kasih pada pensyarah2 yang bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan dengan cepat (sy tau Dr. kelam kabut kn?)..
terima kasih juga kepada pihak universiti yang mengeluarkannya di laman portal..
terima kasih juga pada rakan yang memberi tahu akan sudah keluarnya keputusan ini (mmg saya x amik port sangat tentang berita2 mcm ni)..

YEAHHHH!!!!....keputusan saya tidak mengecewakan..walaupun tidak lah dapat menandingi mereka yang mendapat 3.7 keatas, tapi sekurangnya graf keputusan peperiksaan saya meningkat setiap sem.
kalau graf peperiksaan saya ini,graf keuntungan syarikat, mesti saya dapat kenaikan pangkat daripada bos saya...jadi disebabkan ini bukan graf syarikat tidak adalah kenaikan pangkat...tetapi yang paling berharga pujian dan senyuman emak dan bapak yang mengetahuinya..sekurang-kurangnya saya dapat membayar sebahagian jasa mereka walaupun sebenarnya saya tahu jasa mereka tidak akan dapat saya bayar, kerana HUTANG itu adalah sangat bernilai yang tidak boleh dinilai oleh wang ringgit...

saya sangat berbangga dengan diri saya sekarang..ini kerana saya bukanlah seorang yang konsisten sebenarnya. berdasarkan zaman persekolahan saya, keputusan peperiksaan sering kali turun naik, turun naik..tambah lagi dengan pergerakan angin serta ribut taufan..seringkali juga ditegur guru kelas..emak pula sering kata saya senang rasa senang hati dengan keputusan saya.. well,,pengalaman mengajar kita..
sejak saya jatuh teruk dalam perjuangan dan tanggunjawab saya sebagai pelajar dahulu, saya terus bangun
untuk mengejar impian saya..saya belajar dengan konsisten dan bijak..sehinggalah saya dapat menjejakkan kaki ke Universiti ini..sejak hari tu, walaupun tekanan belajar adalah lebih berganda hebatnya dari zaman sekolah dulu, tapi saya tahu saya berjaya mengatasinya dengan keputusan peperiksaan saya...

bak kata kawan saya lukmanul hakim di dalam status facebooknya kalau ditabur secupak padi, tidak akan dapat segantang beras... 
usaha yang bersungguh-sungguh akan dapat hasil yang baik....jadi saya akan berusaha untuk memantapkan lagi agar keputusan peperiksaan saya dapat mencapai sehingga ke Ijazah kelas pertama kelak.... tidak salah memasang impian sekiranya impian itu baik dan berguna..











Monday 16 May 2011

nasihat untuk kawan....

"when someone walks out of your life, let them. 
there's no use wasting your time on people that leave you. 
what you make of yourself and your future is no longer tied to them. 
yaa~...you may miss them or can't forget it for a quick time. 
but remember you weren't the one that gave up.. 
your heart n your love just for ALLAh, yoU n for whom that deserve it..
not for someone that like to hurting you....."


untuk kawan2 ku yang silih berganti terluka  kerana cinta yang x pasti....


kawan, aku harap kau cepat sembuh
apa yang pasti, cinta itu datang bukan sepenuhnya milik kita..
cinta datang dari ALLAh yang mengurniakan kepada kita..
agar kita merasa sedikit nikmat hidup bahagia di dunia yang tidak kekal ini..
hargai dan jagalah cinta itu agar tidak ditarik balik olehNYA..
dan andai cinta hilang juga walau kau sudah sehabis baik menjaganya..
kau terima lah dengan rela..kerana sesungguhnya cinta itu milik ALLAH..
mungkin ada yang lebih baik menunggu kau, kawan..........





Tuesday 3 May 2011

kupas kulit lama...dapat kulit baru..

ini blog saya yang lama 

dan blog ini, blog saya yang baru...yeah!~


apa yang saya nak coret kan ek?


tunggu je lah..sampai ada idea....