Saturday 10 October 2015

in my space

dalam ruang 
kecil dan sejuk
aku memivisikan sesuatu yang besar

dalam ruang
hidup dan mimpi
aku rangka filem kehidupan

dalam ruang
sedih dan benci
aku cipta senyuman

dalam ruang 
remang
aku lampiaskan
tiada pada siapa
raih harapan
bina kekuatan
sebab
aku hilang dia
aku hilang aku

tapi 
aku tahu, 
aku tak hilang Tuhan.



Tuesday 28 April 2015

redha bukan pasrah

Redha itu ikhlas menerima ujian dan hadapi dengan tenang..
Pasrah itu menerima ujian, tetapi diri masih menyoalkan perkara yg berlaku, hati tidak tenang dan masih mengharapkan harapan.
Susah utk redha... Susah juga untuk terus pasrah..
Hati dan jiwa harus kuat.. Iman perlu ada.. Ingat pada Allah..
Untuk menemani jiwa jiwa lara ini.

Tetapi kenapa begini? ..... 😢

Monday 23 December 2013

Benci

sekolah dulu
aku ada seorang guru
guru B.I aku ni
ada ajar aku satu perkara
yang mana sampai sekarang
aku cuba amalkan
kenapa aku kata cuba?
sebab bukan senang

guru aku kata
jangan benci orang, sebab nanti akan ada lagi ramai orang benci kita
aku suka kata-kata guru aku

aku orangnya agesif
tp aku lembut hati
aku cuba kurangkan benci orang
aku cuba redha, jaga mulut, jaga hati
tapi

aku tetap BENCI dgn orang yg suka kata aku
orang yang sebarkan cite psl aku
orang suka judge aku
sewenang-wenangnya
aku tetap BENCI dgn orang yg usik mak bapak aku
yg kata teruk2 psl kuarge aku
sewenang-wenangnya
dan aku tetap BENCI dgn orang yang kata aku cuba menang
dalam situasi yg dia secara terang salah
dan aku BENCI org yg secara suka, merosakkan hubungan aku
dgn orang yg aku sayang

4 jenis org yg aku BENCI
aku minta maaf terlebih dahulu
tp aku tau, kenapa aku benci org2 ni
sbb orang2 ni suka BENCI orang....

Saturday 7 December 2013

Depan Cermin...

Tiap hari
wajah itu juga..
mata bulat
hidung bulat
alis hitam
kulit coklat
banyak impi dan misi..
di mata
punya angan besar
ingin hidup bahagia
jauh dari luka.

Terdengar keluhan besar
tapi pelan...
angan yang lambat
untuk digapai..
wajah itu
kesekalian kali dilihat,,
sekejap tersenyum, ketawa
sekejap terdiam, berkerut...
dan
di mata itu juga
aku tahu,
dia rindu akan seseorang....


7.14 mlm - stesyen minyak

Thursday 17 October 2013

Monolog si penganggur ~

Tamat sudah perjalanan hidup aku di Universiti
memori yg indah dan bermakna akan aku simpan dlm kotak memori otak aku
cuma bila sesuau perkara sudah berlalu dan berlaku ia akan jadi sejarah
dan apabila sudah menjadi sejarah bermakna ada fasa baru yg perlu kita hadapi
kita tak boleh hidup dalam sejarah tapi kite kene amik ikitbar dpd sejarah

permulaan hidup baru aku ini 
umpama,, satu kawasan yg sempit tp kosong
tiada warna warni yg aku hendak
jujur motivasi diri aku ketika ini sangat jatuh
jatuh sejatuh jatuh nya
kalau boleh dilihat seperti epal yg membusuk dihurung lalat
atau kawasan lapang yg bertemankan bunyi cengkerik
malap, sayup, gelap dan kelam

dan buat aku terpikir
yg aku sebenarnya perlu bersyukur
bersyukur dan percaya takdir ALLAH
itu sahaja sebenarnya sudah cukup utk buat aku tenang
tapi itulah, manusia yg selalu tembus dan kalah oleh bisikan syaitan
perasaan tak puas hati, cemburu, kusut, was was selalu menang dlm situasi ni

pernah tak kau pikir kenapa setiap manusia itu berbeza?
dulu, masa sekolah-sekolahan,, sibuk menjadi org pandai
kerana menjadi pandai itu perlu sebagai pelajar
tak pandai pun, cukuplah sederhana agar layak masuk belajar ke peringkat tinggi
jadi aku dah berjaya.. aku bersukur
jadi bagaimana pula yg x berjaya?..
sebenarnya mereka bukan x berjaya malahan mereka sudah selesa skrg
mereka berjaya dlm perspektif mereka, punya ekonomi yg kukuh dan sudah ad keluarga sendiri
bagi yg ada anak mereka sudah cukup bahagia.. dan mereka juga bersyukur
dan aku yg baru habis belajar ni, terkial2 nak mulakan hidup baru
yg x pasti bagaimana keadaannya.
manusia itu berbeza kerana mereka punya jalan kehidupan yg berbeza-beza
dan setiap yg berlaku itu ada hikmah dan sebab musabab ALLAH jadikan utk mereka
walaupun pelik klu masa kau sekolah budak tu slalu meniru tapi berjaya
atau kat Unibersiti budak tu, esaimen pensyarah bagi pun mengharap org lain buat dan tolong 
tp dapat sambung Master atau PHD 
ini kerana ada sebab perkara itu berlaku..

Dan 
aku sedar...
sepatutnya aku bersyukur, kerana kepayahan itu adalah satu pesanan ringkas utk aku
agar tidak lupa diri
berdiri dengan nyata bahawa hidup ini perlu bersyukur
kerana, selagi aku hidup, aku ada masa lagi nak cuci dosa aku ini
walaupun hidup dan motivasi kau jatuh mcm mana pun
kau masih ada masa utk merasai segala-galanya
dan membetulkan segala-galanya
cuba esok bgun tido nyawa kau sudah ditarikNYA
masih adakah peluang itu?

sudah lah, memori indah itu sbnrnya membuatkan aku lalai
lalai kerana keseronokannya membuat kan aku teringin berada di dalamnya lagi
dan aku merengek mengharapkan perkara yg pasti x boleh diputar balik
BANGUN, SEDAR DAN BERSYUKUR
tidak perlu melayan perasaan melankolik bodoh kau itu
kau masih ada ALLAH, KELUARGA dan insan yg kau SAYANG itu..

salam malam.... tidur kau supaya ada salam pagi esok hari
adios



Friday 25 January 2013

KEINGINAN TAHUN DUA RIBU TIGA BELAS

Assalamualaikum,,
lama rasanya tak mencoret di dalam kotak ni.,
sepanjang x mencoret di sini banyak pengalaman yg telah aq timba,,
pengalamn menjadi guru praktikal, pengalaman bekerja di francais makanan terkenal, pengalaman berhadapan dgn masyrakat...dll..tapi yg pasti apa yg aq perolehi itu sesuatu yg tiada tanding harganya..
Satu pengajaran yg dpt aq lihat dan belajar dpd pengalaman aq itu ialah "PERUBAHAN"..
perubahan seorang mahasiswi menjadi guru, perubahan seorang mahasiswi menjadi pelayan restauran, perubahan seorang mahasiswi menjadi seorang masyarakat...
TIDAK SELAMANYA KITA HARUS MENJADI DIRI KITA dan
TIDAK SELAMANYA KITA HARUS MENJADI ORANG LAIN..
berubah menjadi lebih baik dan jangan mengikut perkara yang tidak baik..
Apa yg penting, aq ingin sgt berubah menjadi seorang hamba ALLAH yg lebih baik, yang patuh pada perintahnya, yg cukup solat lima waktunya, yang sentiasa menjaga auratnya dan yang pasti yg sentiasa menjaga tutur bicaranya., cemburu dgn perubahan rakan-rakan sekeliling, cemburu kerana mereka gigih mencari hidayah ALLAH sedangkan aq leka dan tidak konsisten..

Ya ALLAH,, i wish i can be a good servant at dunia wal akhirah~








1. Rakan2 rapat berkata aq mula terlihat berubah dpd pemarah menjadi lebih tenang sejak2 mula ada "si Beliau" dlm hati.. ^_^
2. Belajar menjadi insan yang lebih bersyukur dan tidak merungut kerana pasti setiap yg berlaku adalah ketentuan tuhan, pasti ada hikmah disebalik setiap yg berlaku...
3. Aq syg mak n bapak serta adik beradikku hingga ke hujung nyawa~ ^______^

Thursday 14 June 2012

jangkaan...perangkaan...ketidaksangkaan....

pandang kaku...
dinding putih rumah...
bilik yang sunyi...
pelik rasanya...
hilang kekecohan suasana..
kawan-kawan sudah pulang ke gagang
aku masih disini..tggu masa pulang...
sayu rasanye meninggalkn bumi tanjung malim kali ni...
tinggal yg lama...
tinggal kan sesuatu yg manis
tinggal yg ada tugas menanti di tempat baru..
tempat baru yg x dpt dijangka...
tugas menjadi guru pelatih..

kenangan penggal ini..
sesuatu yang ketidaksangkaan..
manis rupanya perasaan itu..
sayang agak lambat..buat jiwa sedikit kacau...
tapi ada hikmah disebaliknya...
kenapa ia berlaku begitu...
namun begitu...
perangkaan dan jangkaan masih tepat... 
perangkaan utk rangka jadi guru 
dan jangkaan keadaan sibuk... 



HIstory Eduction Batch Ibnu Batutah...playaran tanpa noktah!




Pelayaran Adik beradik sekapal.... 

jejaka ini.... ketidaksangkaan.. : )

saya bakal shikguuuu~