Tuesday 7 June 2011

hari itu dalam sejarah eropah...

siapa kenal dengan Adam Smith dan Albert Einstein?.....
Albert Einstein mungkin ramai yang mengenalinya,,namun Adam Smith?...
kalau aku x mengambil paper sejarah eropah,,mungkin aku pun berapa nak tahu pasal mereka ni..
disini aku letak sedikit info pasal mereka...tiada plagliat mana-mana ea...


ADAM SMITH (1723 – 1790)           
            Pada tahun 1751 – 1764, ketika umurnya 28 tahun, Adam Smith telah menjadi Professor Logic di Universiti Glasgow[1] dan pada tahun berikutnya, dia telah menjadi Pengerusi Falsafah Moral. Pada  tahun 1759, Adam telah menerbitkan bukunya yang bertajuk ”Theory of Moral Sentiments” yang merupakan satu cara yang memisahkan Jerman dengan Perancis dan satu cara yang menjadi panduan kepada semua sehingga kematiannya. Teori beliau ini menyatakan bahawa nilai moral manusia bergantung kepada simpati antara agen dan penonton atau individu dengan masyarakat. Smith mentakrifkan simpati sebagai satu perasaan yang mempunyai sentimen moral[2]. Berikutan daripada penerbitan ”Theory of Moral Sentiments”, Smith menjadi sangat terkenal sehingga pelajar daripada negara lain sanggup meninggalkan sekolah mereka dan ingin belajar dibawah Smith.  

            Seorang ahli falsafah moral yang mengkaji dan menulis tentang falsafah dan sejarah boleh juga menulis tentang ekonomi. Penulisan beliau inilah yang menaikkan namanya di persada Eropah. Beliau telah menerbitkan bukunya “An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nation”[3].  Ia  salah satu usaha awal untuk mempelajari bangkitnya industri dan pembangunan komersial di Eropah, teori ini wujud awal dari disiplin akademik ilmu ekonomi moden. Dalam hal ini dan karya lain, Smith menguraikan bagaimana rasionanyal kepentingan diri sendiri,persaingan dan menolak ekonomi campur tangan dari pemerintah iaitu menyokong pasaran bebas dan barangan harga rendah boleh menyebabkan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan[4].

            Ini juga memberikan salah satu alasan intelektual paling terkenal untuk perdagangan bebas dan kapitalisme,ia nya sangat mempengaruhi tulisan-tulisan para ahli ekonomi yang kemudian dan diguna pakai pada awal kurun ke-19 hingga sekarang[5]. Smith sering disebut sebagai bapa ilmu ekonomi moden[6] dan pencetus kepada teori ekonomi laissez-faire[7].


ALBERT EINSTEIN
            Di lahirkan pada 14 Mac 1879, pada pukul 11.30 pagi di Ulm, Jerman. Anak kepada pasangan Hermann Einstein dan Pauline ini dibesarkan di Munich, Jerman. Berketurunan Yahudi namun tidak mengamalkan agama itu. Einstein merupakan penghidap sindrom Aspeiger salah satu penyakit yang berkaitan autisme[8].Albert Einstein merupakan ahli teori fizik, ahli falsafah dan penulis yang diketahui sebagai salah satu orang yang paling berpengaruh dan paling dikenali para saintis dan cendekiawan sepanjang zaman. Beliau juga seorang pemenang Nobel Jerman-Switzerland, ia sering dianggap sebagai bapa fizik moden dan dia dianugerahkan dengan Hadiah Nobel pada tahun 1921 dalam bidang Fizik iaitu berdasarkan kajiannya "berkaitan teori-teori fizik dan khusus untuk penemuannya berkaitan hukum bagi kesan fotoelektrik".[9]

            Albert Einstein adalah seorang saintis yang memulakan dan membuka teori pembuatan bom atom.iaitu menggunakan teori relativiti. Teori Relativiti yang terkenal itu ialah E = mc² yang bermaksud, pengubahan yang bekuantiti kecil boleh ditukarkan kepada jumlah tenaga yang besar[10]. Teori ini lah yang digunakan untuk membuat bom atom yang digunakan oleh Amerika Syarikat. Einsten merupakan saintis yang memberikan sumbangan kepada Jerman dan bidang Fizik kerana dia bertugas sebagai pensyarah di Universiti Berlin dan Universiti seperti di Switzerland.

            Namun begitu sumbangan Albert Einstein di Jerman tidak dipandang apabila beliau telah dituduh oleh Rejim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional (National Socialist German Workers Party) kerana dikatakan berniat mencipta fizik Yahudi yang berbeza dengan fizik Jerman (ataupun fizik Arya)[11]. Ini berlaku pada tahun 1933, selepas Adolf Hitler menjadi Canselor Jerman. Disebabkan Albert Einstein adalah berbangsa yahudi, dia dipandang sebagai ancaman oleh orang Jerman yang anti yahudi iaitu rentetan pada perang dunia pertama.. ini termasuklah ahli-ahli fizik Nazi (termasuk pemenang Hadiah Nobel, Johannes Stark and Philipp Lenard) meneruskan percubaan mereka untuk menyebabkan teori Einstein diragui dan menyenarai hitamkan sesiapa yang mengajar teorinya (seperti Werner Heisenberg). Disebabkan itu Einstein melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan diri ke Amerika Syarikat yang memberikannya taraf pemastautin tetap dan bertugas di Institut Pendidikan Lanjutan (Institute for Advanced Study) yang terletak di Perbandaran Princeton, New Jersey[12].


            Pada 1938, atas dorongan Leó Szilárd iaitu seorang ahli fizik Yahudi Hungary-Amerika, Einstein telah mengirimkan sepucuk surat kepada Presiden Franklin Delano Roosevelt iaitu Presiden Amerika, untuk mendesaknya supaya menyelidiki pembelahan nuklear bagi kegunaan tentera kerana bimbang kerajaan Nazi mengembangkan senjata atom terlebih dahulu. Roosevelt membuat penyiasatan kecil ke atas hal tersebut dan kemudian memulakan Projek Manhattan secara besar-besaran. Projek Manhattan ini lah yang melahirkan ujian bom atom pertama di Los Alamos di New Mexico.

            Einstein suka perkara berkaitan kemanusiaan dunia di sekitarnya dan sering mengemukakan pandangan-pandangan politiknya. Dia merupakan pelawan teguh terhadap sistem politik tirani, seorang pendukung gigih gerakan keamanan, dan seorang penyokong teguh Zionisme[13].Sebelum kematiannya, Einstein telah menandatangani Manifesto Russell-Einstein, yang memimpin ke Persidangan Pugwash  berkaitan Hal Sains dan Dunia yang bertujuan untuk menghentikan percubaan bom atom dan nuklear[14].
Albert Einstein meninggal dunia pada tahun 1955 ketika umurnya 76 tahun. Meninggal dunia pada 1.15 pagi, 18 April di hospital Princeton.



[1] Benjamin C.Sax.(2001). Western Civilization From the Scientific Revolution to the Present volume II. San Diego : Greenhaven Precc, Inc. hlm.74
[2] Ibid. hlm. 65.
[3] Mortimer Chambers dan Barbara Hanawalt , et.al. (2003). The Western Experience. New York : McGraw-Hill. hlm.639.
[4] Ibid
[5] Ibid.
[6] Michael H.Hart.Seratus. Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah. Diperolehi pada 22 Ogos 2010 di <http://media.isnet.org/iptek/100/AdamSmith.htm>l
[7] Mortimer Chambers dan Barbara Hanawali . et.al. (2003). The Western Experience. New York : McGraw-Hill. Hlm.639.
[8] Finding Aid to The Albert Einstein Archives diperolehi pada 22 Ogos 2010 di <http://www.alberteinstein.info.>
[9] The Nobel Prize in Physics 1921. diperolehi pada 22 ogos 2010 di <http://nobelprize.org/nobel_prizes/physics/laureates/1921/einstein-bio.html>, the official Web Site of the Nobel Prize.
[10] Mortimer Chambers.et.al. (2003). The Western Experience edisi ke-8. New York: McGraw- Hill.hlm.1027
[11] Wikipedia.< http://ms.wikipedia.org/wiki/Albert Einstein>.20 Ogos 2010.
[12] Finding Aid to The Albert Einstein Archives . <http://www.alberteinstein.info.> 22 Ogos 2010
[13] Finding Aid to The Albert Einstein Archives . <http://www.alberteinstein.info.> 22 Ogos 2010
[14] Jeffrey Boutwell.(2005). Pugwash History Series The Origins of the Russel- Einstein Manifesto. Virginia: Council of the Pugwash. hlm.5


1.siap ade nota kaki kan?...hihi..dah terbiasa buat esaimen...

0 comments:

Post a Comment