Monday 23 May 2011

berjaya dengan warna yang berterbangan!!!!


alhamdulillah....syukur kepada Allah itu penting tidak kira apa pun yang melanda diri...
keputusan peperiksaan akhir semester 4 akhirnya sudah keluar..(cepat pulak kuar?)..
terima kasih pada pensyarah2 yang bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan dengan cepat (sy tau Dr. kelam kabut kn?)..
terima kasih juga kepada pihak universiti yang mengeluarkannya di laman portal..
terima kasih juga pada rakan yang memberi tahu akan sudah keluarnya keputusan ini (mmg saya x amik port sangat tentang berita2 mcm ni)..

YEAHHHH!!!!....keputusan saya tidak mengecewakan..walaupun tidak lah dapat menandingi mereka yang mendapat 3.7 keatas, tapi sekurangnya graf keputusan peperiksaan saya meningkat setiap sem.
kalau graf peperiksaan saya ini,graf keuntungan syarikat, mesti saya dapat kenaikan pangkat daripada bos saya...jadi disebabkan ini bukan graf syarikat tidak adalah kenaikan pangkat...tetapi yang paling berharga pujian dan senyuman emak dan bapak yang mengetahuinya..sekurang-kurangnya saya dapat membayar sebahagian jasa mereka walaupun sebenarnya saya tahu jasa mereka tidak akan dapat saya bayar, kerana HUTANG itu adalah sangat bernilai yang tidak boleh dinilai oleh wang ringgit...

saya sangat berbangga dengan diri saya sekarang..ini kerana saya bukanlah seorang yang konsisten sebenarnya. berdasarkan zaman persekolahan saya, keputusan peperiksaan sering kali turun naik, turun naik..tambah lagi dengan pergerakan angin serta ribut taufan..seringkali juga ditegur guru kelas..emak pula sering kata saya senang rasa senang hati dengan keputusan saya.. well,,pengalaman mengajar kita..
sejak saya jatuh teruk dalam perjuangan dan tanggunjawab saya sebagai pelajar dahulu, saya terus bangun
untuk mengejar impian saya..saya belajar dengan konsisten dan bijak..sehinggalah saya dapat menjejakkan kaki ke Universiti ini..sejak hari tu, walaupun tekanan belajar adalah lebih berganda hebatnya dari zaman sekolah dulu, tapi saya tahu saya berjaya mengatasinya dengan keputusan peperiksaan saya...

bak kata kawan saya lukmanul hakim di dalam status facebooknya kalau ditabur secupak padi, tidak akan dapat segantang beras... 
usaha yang bersungguh-sungguh akan dapat hasil yang baik....jadi saya akan berusaha untuk memantapkan lagi agar keputusan peperiksaan saya dapat mencapai sehingga ke Ijazah kelas pertama kelak.... tidak salah memasang impian sekiranya impian itu baik dan berguna..











0 comments:

Post a Comment