Sunday 27 May 2012

YA ALLAH AKU MOHON AGAR AKU PEROLEH KETENANGAN DARI MU~~



pesan pada diri jangan terlalu mengharapkan sesuatu dalam kehidupan tetapi harus berusaha untuk mendapatkannya.  
pesan pada diri jangan terlalu melihat kekurangan orang lain tetapi lihat kekurangan diri sendiri untuk penambah baikan diri dan mengecapi kehidupan yang lebih bahagia.
pesan pada diri juga jangan terlalu obses dalam menjadi terbaik di mata orang dengan orang kerana menjadi yang terbaik  di mata ALLAH adalah lebih penting. 
pesan pada diri juga, mak dan bapak adalah yang terpenting serta hubungan baik antara ahli keluarga perlu dijaga.



untuk memuaskan hati orang adalah payah kerana hati manusia adalah berlainan, jika kita tidak disukai, pesan pada diri janganlah membalas perbuatan itu. walaupun sakit untuk ditelan dan dihadapi tetapi percayalah sakit itu pasti terubat kerana kita mempunyai ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

1.motivasi diri untuk lebih baik pada hari ini. <3

Si Empunya Sifat Agresif 8 dan Si Nombor 7

Hari tu, aku menghadiri bengkel membina jati diri sebagai seorang guru.
Bengkel x bengkel sgt la, sbb sempat pegi sesi pertama je,
Sesi pertama di isi dgn pengenalan kpd diri,
Dan aku empunya si nombor 7 dan sifat agresif tinggi no.8.
Kawan sebelah pandang sinis pada aku (mungkin dlm hati kata" emm patotlahh dia ni mcm ni)
Ye! penulisan aku pada tika ini penuh dgn sifat negatif dan tidak positif serta emosi yg tidak stabil.
maaf lah kawan2...jika anda x mengenali saya,
mungkin anda ingat saya ni tahu nak menang je.
mungkin anda akan fikir saya akan hidup keseorangan sampai mati tanpa pasangan.
mungkin anda fikir saya ni x ada sifat empati dan simpati pada orang.
mungkin anda juga akan fikir yang saya tidak ada adab sopan seperti anda.
dan mungkin juga anda fikir saya x sehebat mana sebab tu anda tolak mentah2 pandangan dan idea saya..
apa yang anda tidak fikir ialah saya memang bagi semua kelemahan saya untuk anda lihat
kerana saya bukan orang yang berpura-pura untuk tunjuk kebaikan dan sorok kelemahan dan keburukan saya.. dan satu perkara anda perlu tahu, apa yang anda fikir itu sebenarnya refleksi diri anda sendiri terhadap saya.

KERANA BAGI AKU!.. BIAR NAMPAK JAHAT! BIAR NAMPAK AGRESIF! BIAR NAMPAK BURUK ASALKAN KITA TIDAK NGUMPAT KAWAN SENDIRI DAN TIDAK TINDAS KAWAN SENDIRI!... SEBAB AKU PERCAYA APA YANG KITA BUAT PADA KAWAN, KELAK KITA AKAN TERIMA SAMA SEPERTI YANG KITA BUAT ITU., TIlDAK KIRALAH PERKARA ITU ADALAH KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN..

lagu ini, sangat sesuai untuk menunjukkan perasaan aku sekarang.... sangat!!





p/s : sangat beremosi sekanrang~ T_T