Wednesday 1 June 2011

bermakna dan tidak bermakna

bila PERASAAN mengawal AKAL..
aku rasa menyesal mengenali kau..
aku rasa nak membuat hidup kau sentiasa susah..
aku rasa nak membuat kau sentiasa memerlukan pertolongan aku..
aku rasa seperti mahu bertanyakan soalan "kenapa mesti plilih dia dan bukan aku?" 
sehinggalah aku mahukan jawapan yang aku mahu..
dan aku tahu itu adalah perasaan cemburu
tetapi itu bila perasaan mengawal akal..
bila AKAL mengawal PERASAAN
aku bersyukur mengenali kau 
aku tidak akan menyulitkan kehidupan kau
aku akan sentiasa menolong kau dan mengharapkan khabar yang baik dari kau
aku tidak akan bertanyakan soalan "kenapa mesti pilih dia dan bukan aku?" 
kerana aku tahu kau bukan untuk aku
dan aku tahu ko adalah kawan selamanya
dan aku tidak akan minta lebih dari itu...
aku tahu kau tidak tahu apa yang ada dihati aku...
kerana kau adalah BERMAKNA dan TIDAK BERMAKNA pada aku....


p/s : tiada kene mengena pada yang hidup atau yang mati..kalau ada pun..lantaklah

0 comments:

Post a Comment