Wednesday 8 February 2012

Bayang-bayang di bawah diri

Bayang-bayang merupakan refleksi diri sendiri,
sepenuhnya bayang-bayang akan menggambarkan bentuk diri,
kita pasti memahami diri kita sendiri..memahami bentuk diri kita sendiri,.
tapi bagaimana nk buat org lain terima diri kita?
aq sendiri agak sukar utk buat org terima diri aq seadanya
ini kerana jika yg tidak mengenali diri ini pasti tidak akan dpt menerimanya
jadi bagi aq, diri sendiri harus cuba tidak menjadi diri sendiri utk buat org terima diri kita..
bunyi mcm hipokrit tp itu adlh realiti...
kasihan pada org membuatkan kita sendiri cuba tidak menjadi diri sendiri..
disebabkan itulah kita selalu rasa terbeban...terbeban utk mengikut rentak org dan menjaga hati org..
jadi, bila perlu berpindah ke satu situasi baru, persekitaran baru, berjumpa dgn org baru,
kita akan ada satu perasaan takut dgn bayang-bayang sendiri...


perasaan takut kalau-kalau org lain berasa hati dgn kita, mrh dgn kita, dan paling digeruni benci dgn kita..
malah kita akan dicop sbgi manusia yg tidak menjaga perhubungan pula...
jadi disebabkan itulah terkadang manusia ini menjadi hipokrit..
hipokrit memakai topeng utk mengikut kehendak pelakuan org sekeliling...
tagline 'be your self' sukar diaplikasikan..


Namun jgn sekali-kali bertukar hipokrit kpd munafik..
bg aq hipokrit dan munafik agak berbeza definisnya..tp terpulang lah kpd org lain utk mentafsirkannya...
apa pun, bayang-bayang tidak perlu diselindung di bawah diri..
kelak akan merana jiwa dan raga...
biarlah bayang-bayang sentiasa bergerak bersama kita
dan biarlah kita mengikut rentak sekeliling dan mencipta diri kita yg baru utk kebaikan
asalkan jgn melanggar norma-norma hidup kita sebagai hamba ALLAh di muka bumi ini......








1.takut dgn diri sendiri..takut selalu mengecilkan hati rakan-rakan....
2.cuba berubah agar perilaku ckp lepas aq dpt dikawal..

0 comments:

Post a Comment