Friday 27 January 2012

Salam Tahun Baru 2012....ok dah terlalu lambat utk wish..=_=
tahun baru dimulakan dgn perkara pling getir sbgi pelajar iaitu mggu peperiksaan...=_=
lepas itu disambut dgn percutian sebulan menganggur di rumah utk muhasabah diri lebih kpd melangut (sbb peluang utk kerja of coz tak de)..jadi dgn rasa perasaan yg ingin berbakti kepada diri, keluarga dan tanah air...hehe..beberapa perkara perlu dilakukan...



perkara berbakti pada diri ialah berjumpa kengkawan yg turun bercuti semester..berwindow shopping, berborak, dan menghabiskan duit serta baucer buku yg diberi pihak kerajaan Malaysia sebanyak rm200 utk dihabiskan dgn membeli buku...dgn harapan rakyat Malaysia rajin membaca...perasaan: sgt berkobar-kobar..



lepas itu berbakti pada keluarga, of coz aku sbgi ank perempuan yg rajin..ehem..rajin membantu emak dan bapak di rumah melakukan kerja rumah sehari-harian spt mengemas rumah, menyapu laman, membasuh baju dan menyidainya serta kadang2 menghantar dan mengambil adik ku seorg ke sekolah sbb latihan bola baling..fuh~


berbakti pada negara pula..ialah memberikan sepenuhnya kekayaan kepada kedai2 buku yg terpilih dan meramaikan pengunjung shopping kompleks utk menghabiskan baucer buku...ok fine~aku beli buku guna vaucher buku utk aku baca masa cuti....jadi bila aq berbelanja..duit yg aku belanjakan akan menjadi sumber pendapatan negara..betul ke?...betul la!...aku belajar ekonomi tau!...hehe..ok terima kasih kerajaan MAlaysia....hasrat murni anda dikenang....~
------------------------------------------------------------<3

Jadi cuti semester kali ini lebih kepada tema BUKU...x kira lah majalah ke komik ke novel ke buku cerita ke buku lima lima ke yg penting mcm buku....jadi aku memilih buku,majalah,novel dan komik..
Novel yg mmg menjadi pujaan aku semestinya Ramlee Awang Murshid punya...setakat ni aku dah baca semua triologi Cinta Sufi...sbb aku baru habiskan Sutera Bidadari tadi,,jadi aku dapat simpulkan yg novel ini setanding novel Harry Potter...mmg SUPERB....aku bukn pengkaki novel yg tegar jadi jika aku baca sesuatu novel tu dgn tegar dan tidak skip muka surat itu bermakna novel itu mmg terbaik...hahaha....seyes beb!!
jadi Laksamana Sunan, Sang Ratna, Luna, Maryam, Saifullah, dan lain-lain lagi watak mmg melekat dlm otak aku....penulis berjaya menjadikan watak laksaman sunan ini seolah2 sejarah dan bukan fiksyen atau rekaan..susunan masa dan tempat seperti real..tapi perlu tahu itu semua rekaan minda penulis yg menggabungkan sej dgn fiksyen...aku kagum dgn penulisan beliau..yg mengambil tiap titik kira nilai kita manusia sbgi hamba ALLAH...



kadang aku rasa alangkah bagusnya jika semua jiwa manusia seperti watak2 baik dlm novel triologi itu..nescaya akan amanlah dunia...dan jika bangsa melayu berjiwa utuh dan tggi jati diri spt laksaman sunan pasti kita sesama bangsa tidak akan bertelagah kuasa...yg pasti lepas ni aku akn sambung baca fiksyen 302...'JANGAN PERCAYA'...lepas tu baru aku akn baca buku2 yg aku beli guna baucer 1 mlysia tu....sabar ye syg...kite akn baca awk!..hehehehe..

1. aku sememangnya suka merepek dan membebebel terlebih dahulu baru ada isi dlm penulisan..sigh~ =_=

0 comments:

Post a Comment