Thursday 17 October 2013

Monolog si penganggur ~

Tamat sudah perjalanan hidup aku di Universiti
memori yg indah dan bermakna akan aku simpan dlm kotak memori otak aku
cuma bila sesuau perkara sudah berlalu dan berlaku ia akan jadi sejarah
dan apabila sudah menjadi sejarah bermakna ada fasa baru yg perlu kita hadapi
kita tak boleh hidup dalam sejarah tapi kite kene amik ikitbar dpd sejarah

permulaan hidup baru aku ini 
umpama,, satu kawasan yg sempit tp kosong
tiada warna warni yg aku hendak
jujur motivasi diri aku ketika ini sangat jatuh
jatuh sejatuh jatuh nya
kalau boleh dilihat seperti epal yg membusuk dihurung lalat
atau kawasan lapang yg bertemankan bunyi cengkerik
malap, sayup, gelap dan kelam

dan buat aku terpikir
yg aku sebenarnya perlu bersyukur
bersyukur dan percaya takdir ALLAH
itu sahaja sebenarnya sudah cukup utk buat aku tenang
tapi itulah, manusia yg selalu tembus dan kalah oleh bisikan syaitan
perasaan tak puas hati, cemburu, kusut, was was selalu menang dlm situasi ni

pernah tak kau pikir kenapa setiap manusia itu berbeza?
dulu, masa sekolah-sekolahan,, sibuk menjadi org pandai
kerana menjadi pandai itu perlu sebagai pelajar
tak pandai pun, cukuplah sederhana agar layak masuk belajar ke peringkat tinggi
jadi aku dah berjaya.. aku bersukur
jadi bagaimana pula yg x berjaya?..
sebenarnya mereka bukan x berjaya malahan mereka sudah selesa skrg
mereka berjaya dlm perspektif mereka, punya ekonomi yg kukuh dan sudah ad keluarga sendiri
bagi yg ada anak mereka sudah cukup bahagia.. dan mereka juga bersyukur
dan aku yg baru habis belajar ni, terkial2 nak mulakan hidup baru
yg x pasti bagaimana keadaannya.
manusia itu berbeza kerana mereka punya jalan kehidupan yg berbeza-beza
dan setiap yg berlaku itu ada hikmah dan sebab musabab ALLAH jadikan utk mereka
walaupun pelik klu masa kau sekolah budak tu slalu meniru tapi berjaya
atau kat Unibersiti budak tu, esaimen pensyarah bagi pun mengharap org lain buat dan tolong 
tp dapat sambung Master atau PHD 
ini kerana ada sebab perkara itu berlaku..

Dan 
aku sedar...
sepatutnya aku bersyukur, kerana kepayahan itu adalah satu pesanan ringkas utk aku
agar tidak lupa diri
berdiri dengan nyata bahawa hidup ini perlu bersyukur
kerana, selagi aku hidup, aku ada masa lagi nak cuci dosa aku ini
walaupun hidup dan motivasi kau jatuh mcm mana pun
kau masih ada masa utk merasai segala-galanya
dan membetulkan segala-galanya
cuba esok bgun tido nyawa kau sudah ditarikNYA
masih adakah peluang itu?

sudah lah, memori indah itu sbnrnya membuatkan aku lalai
lalai kerana keseronokannya membuat kan aku teringin berada di dalamnya lagi
dan aku merengek mengharapkan perkara yg pasti x boleh diputar balik
BANGUN, SEDAR DAN BERSYUKUR
tidak perlu melayan perasaan melankolik bodoh kau itu
kau masih ada ALLAH, KELUARGA dan insan yg kau SAYANG itu..

salam malam.... tidur kau supaya ada salam pagi esok hari
adios



0 comments:

Post a Comment